Abdul Hadi Bentang Usul Pinda Akta Mahkamah Syariah - Berita Semasa | mStar

Abdul Hadi Bentang Usul Pinda Akta Mahkamah Syariah

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul untuk meminda Akta 1965 (Pindaan) (Bidang Kuasa Jenayah) Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat pada Khamis.

Sambil memetik Arahan Tetap 15 (5), Hadi bagaimanapun berkata, beliau akan menjelaskan pindaan tersebut pada sidang Parlimen yang berikutnya.

Pembentangan usul Rang Undang-Undang (RU) Persendirian bertujuan memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syarikat berhubung bentuk hukuman seperti yang termaktub dalam Seksyen 2 akta berkenaan atau dikenali sebagai RUU335.

Buat masa ini, hukuman dikenakan berdasarkan pindaan akhir pada 1984 yang menetapkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau dengan tidak kurang RM5,000 atau sebatan tidak lebih enam kali.

Abdul Hadi yang merupakan anggota Parlimen Marang mengemukakan usul untuk menggantikan hukuman tersebut dengan pindaan melibatkan huuman penjara tidak lebih 30 tahun atau dendan tidak kurang RM100,000 atau 100 sebatan mengikut undang-undang Syariah.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , RUU , Dewan Rakyat
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan