Anggota Jawatankuasa Pemilih RUU Perlu Telus Cari Tititk Persetujuan

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 3:39 PM

Hishammuddih Hussein.

(Ubah saiz teks)

DENGKIL: Anggota Jawatankuasa Pemilih Rang Undang-Undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 perlu mencari titik persetujuan berhubung pindaan akta itu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ia penting bagi mengelak salah faham dan polemik politik.

Katanya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan penubuhan jawatankuasa yang dianggotai anggota Parlimen Islam dan bukan Islam akan memberikan penjelasan terperinci RUU.

"Keberkesanan jawatankuasa ini banyak bergantung kepada ketelusan di kalangan pemimpin-pemimpin untuk mencari titik persetujuan dan ia bergantung kepada penjelasan yang perlu dibuat.

"Bagi pihak-pihak yang mempunyai soalan, secara telus dan ikhlas ia boleh dibentangkan kepada pucuk pimpinan.

"Barisan Nasional (BN) adalah wadah terbaik untuk memastikan politik hari ini tidak menjurus kepada pepecahan di kalangan rakyat khususnya dalam isu berkaitan agama yang agak sensitif," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Sebelum itu, beliau diminta mengulas pendirian beberapa parti komponen BN yang membantah pembentangan RUU 355 di Dewan Rakyat.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan menghadiri Eksesais Aman Youyi, latihan ketenteraan bersama antara Angkata Tentera Malaysia dan Chinese Peoples Liberation Army (PLA) di Paya Indah Wetland di sini Khamis.

Sebelum itu, Ahmad Zahid mencadangkan supaya satu Jawatankuasa Pemilih dibentuk melibatkan anggota Parlimen beragama Islam dan bukan Islam bagi memperinci, memperhalusi dan memurnikan sebarang unsur yang tidak jelas mengenai pemisahan kuasa pada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Presiden Pas dan juga anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul RUU 355 di Dewan Rakyat, tengah hari Khamis.  BERNAMA 


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan