Yuya Yuya Bongkar Rahsia Industri Hiburan Negara - Berita Semasa | mStar

Yuya Yuya Bongkar Rahsia Industri Hiburan Negara

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 8:44 PM

Abie bersama naskhah sulungnya Yuya Yuya yang dilancarkan petang Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 'Yuya Yuya' yang menggambarkan situasi riuh rendah dipilih sebagai tajuk novel sulung hasil karya bekas wartawan hiburan tempatan dengan nama penanya, Abie Abdullah.

Novel genre fiksyen kewartawanan ini menceritakan kisah benar sepanjang 20 tahun wartawan dengan nama sebenarnya Abdullah Mamat berkecimpung dalam industri hiburan negara.

"Buku Yuya Yuya ini mengandungi 50 peratus fakta dan 50 fiksyen. Daripada situasi yang saya ceritakan ini, ia ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

"Saya akui boleh dikatakan hampir 90 peratus karakter yang dicipta berdasarkan artis yang pernah wujud sepanjang tempoh pembabitan saya dalam dunia kewartawanan, dan seterusnya mengadaptasikan mereka dalam imaginasi saya," katanya pada majlis pelancaran naskhah itu di sini, petang Rabu.

Tambah Abie, penerbitan buku itu sesuai untuk peminat hiburan tempatan, malahan menyerahkan sepenuhnya kepada pembaca untuk menilainya.

Selain itu, Abie turut membuka peluang kepada rakan media yang ingin menerbitkan buku supaya menghantar manuskrip kepadanya.

"Saya memang mengalukan-alukan manuskrip daripada rakan media yang ingin menerbitkan buku. Itu adalah perancangan saya tahun depan," jelasnya.

Novel setebal 480 halaman ini dijual pada harga RM25.90 di Semenanjung Malaysia dan RM29.90 untuk Sabah dan Sarawak. Ia boleh didapati menerusi Facebook YUYAYUYA Publications atau WhatsApp 017 9747331.

Tags / Kata Kunci: Yuya Yuya , Abie Abdullah
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan