Tiada Cadangan Selaras PSC Di KLIA, KLIA2 - Tiong Lai

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 10:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menyelaraskan perbezaan caj perkhidmatan penumpang (PSC) antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, walaupun terdapat perbezaan ketara caj antara kedua-dua lapangan terbang itu, kerajaan masih berpegang kepada dasar untuk terus menyokong syarikat penerbangan tambang murah yang beroperasi di klia2.

"Kalau dulu di LCCT (Terminal Penerbangan Tambang Murah) itu memang cukai lapangan terbang (PSC) memang murah kerana ada sokongan kerajaan dan (syarikat penerbangan) AirAsia boleh berkembang pesat pada hari ini, tanpa sokongan kerajaan, mereka tidak boleh berkembang.

"Oleh itu sokongan ini terus diberi sehingga sekarang... PSC di klia2 pada masa ini agak rendah berbanding KLIA," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2016 di Dewan Rakyat Rabu.

Beliau menjawab pertanyaan Tan Kee Kwong (PKR-Wangsa Maju) yang bangun mencelah semasa penggulungan itu yang ingin tahu sama ada caj itu akan diselaraskan bagi kedua-dua lapangan terbang itu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia mengumumkan PSC ditetapkan pada RM32 dan RM6 masing-masing bagi penumpang antarabangsa dan domestik yang menggunakan klia2 manakala penumpang di KLIA perlu membayar lebih iaitu RM65 and RM9 bagi penerbangan antarabangsa dan domestik.

Kadar baharu tersebut akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2017.

Liow berkata, PSC yang sebelum ini dikenali sebagai 'Cukai Lapangan Terbang' itu turut diselaraskan untuk perjalanan peringkat ASEAN kepada RM26 bertujuan menarik kedatangan pelancong dari rantau itu ke negara ini.

Terdahulu semasa membentangkan rang undang-undang itu, Liow berkata ia bertujuan memperbadankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebagai suatu badan berkanun.

Di bawah rang undang-undang itu, jabatan itu akan ditukarkan nama kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia selaras dengan kehendak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang menyarankan supaya negara pejanji kepada Konvensyen Chicago untuk menubuhkan pihak berkuasa penerbangan awam yang berautonomi.


Rang undang-undang itu kemudian dibacakan untuk kali ketiga dan diluluskan.

Persidangan dewan bersambung esok.
Tags / Kata Kunci: caj PSC , Datuk Seri Liow Tiong Lai , KLIA , KLIA2

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan