Masih Terlalu Awal Nyata Pendirian Pentadbiran Trump - Reezal

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 1:14 PM

Reezal Merican Naina Merican.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan berpandangan masih terlalu awal untuk menyatakan pendirian negara ini terhadap dasar pentadbiran Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Donald Trump.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini berikutan proses peralihan pentadbiran baru bermula dan Trump hanya akan dilantik secara rasmi pada 20 Jan tahun depan.

"Trump hanya akan memulakan tugasnya mentadbir kerajaan selepas beliau dilantik secara rasmi," katanya pada persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) mengenai pendirian dan dasar kerajaan terhadap presiden Amerika Syarikat yang baharu itu.

Reezal berkata hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat terbina atas dasar saling hormat-menghormati antara satu sama lain selain kerjasama erat dalam aspek perdagangan, pelaburan, pertahanan dan keselamatan.

"Hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat meningkat ke tahap 'comprehensive partnership' pada 2014 dalam pelbagai bidang kerjasama yang memberikan pelbagai manfaat kepada hubungan dua hala," katanya.

Jelas Reezal, Malaysia akan meneruskan kerjasama dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat untuk memastikan kesinambungan hubungan kerjasama dua hala terus kukuh dan kepentingan negara terjamin pada masa depan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Donald Trump , Presiden AS

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan