Sukarelawan MyCorps Sertai Misi Kemanusiaan Ke Timur Tengah

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 45 sukarelawan MyCorps bakal menyertai Program Mycorps@Timur Tengah selama dua bulan, berakhir Januari 2017.

Program  Penempatan Antarabangsa  MyCorps melibatkan komuniti antarabangsa yang memerlukan bantuan dan khidmat sokongan dalam konteks pembangunan komuniti, sosial dan ekonomi.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, penempatan MyCorps di pelbagai negara selepas pelaksanaannya di Kemboja pada 2015 dan kini pihaknya mengambil inisiatif merancang program di Timur Tengah.

"Dalam tempoh dua minggu permohonan untuk program ini dibuka, kita telah menerima 1,110 borang  dan memanggil 453 pemohon untuk ditemuduga.

"Daripada jumlah itu, hanya 45 terpilih menjalani latihan intensif selama 21 hari sebagai persediaan untuk menjadikan peserta MyCorps sukarelawan berkemahiran, berpengetahuan dan bersemangat tinggi ketika memberi khidmat dalam menjayakan misi tersebut," katanya ketika berucap pada sesi Meet & Greet bersama peserta Myacorps@Timur Tengah pada Rabu.

Tambah Khairy, sukarelawan yang terpilih ini mempunyai latar belakang kemahiran dalam pelbagai bidang.

"Mereka ini sanggup menerima risiko yang kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku di sana.

"Malah mereka juga sanggup berkorban meninggalkan kerjaya, keluarga dan kawan-kawan demi tugas kemanusiaan ini.

"Saya harap dalam tempoh dua hingga tiga bulan nanti, mereka berjaya mencapai misi dan akan kembali sebagai seorang yang lebih baik," katanya.

Peserta Program MyCorps akan berlepas secara berperingkat ke negara Timur Tengah termasuk Turki, Jordan dan Lubnan.

Seramai 17 lelaki dan 28 perempuan yang terpilih bagi misi kemanusiaan MyCorps yang kelima sejak ia dilancarkan tahun lalu.


Tags / Kata Kunci: MyCorps , Timur Tengah , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan