Isu Nama Keluarga 'Kok' Sekali Lagi Cetus Kekecohan Sidang Dewan Rakyat

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 2:59 PM

REAKSI Teresa Kok ketika dikerumuni wartawan pada 19 September.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kontroversi yang tercetus susulan kenyataan  seorang timbalan menteri yang dianggap biadap berkaitan nama keluarga Ahli Parlimen pembangkang Teresa Kok telah dibangkitkan sekali lagi di Parlimen.

Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada Rabu telah meminta supaya Timbalan Speaker, Datuk Seri Ronald Kiandee meneliti semula keputusannya berkaitan insiden itu apabila Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata "Kok adalah satu-satunya wanita yang mempunyai 'Kok' dalam Dewan ini."

Guan Eng mendesak Tajuddin (BN-Pasir Salah) untuk menarik balik kata-katanya walaupun Kiandeen memutuskan pada Isnin ia sekadar rujukan kepada nama keluarga Ahli Parlimen Seputeh itu.

"Saya setuju ketetapan telah dibuat berhubung perkara ini dan ia disahkan Speaker. Bagaimanapun, saya mengemukakan rayuan supaya ia dikaji semula supaya Tajuddin dapat menarik balik kenyataannya," katanya pada sesi persidangan Dewan Rakyat, Rabu yang turut dihadiri Tajuddin.

Kata Guan Eng, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu bukan sahaja bersifat seksis dan menghina pemimpin wanita DAP itu, malahan tidak menghormati nama keluarga Teresa.

Bagaimanapun Kiandee menegaskan perkara itu telah selesai sambil menambah Guan Eng boleh mengemukakan usul supaya keputusan itu dikaji semula.

Susulan itu, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) bangun dan memaklumkan Peraturan Mesyuarat 90 yang membenarkan Speaker untuk menggantung sebarang peraturan mesyuarat.

"Saya cadangkan timbalan speaker untuk menggunakan kuasanya bagi menggantung Peraturan Mesyuarat bagi membenarkan Guan Eng bercakap dan menangani isu berkenaan sekarang," katanya.

Desakan Gobind itu seterusnya mencetuskan pertikaman lidah antara Guan Eng, Tajuddin dan wakil rakyat Puchong itu.

Tajuddin yang nyata berang melemparkan kertas dipercayai surat tuntutan peguam dan mencabar Gobind untuk mengulangi kata-katannya di luar Parlimen.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan