Hasrat Tanding PRU-14 Bukan Kerana Umno - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 7:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali mendakwa sudah lebih dua tahun tidak bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekali gus menolak dakwaan beliau ingin membantu Umno memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malahan, kata Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu, hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya nanti juga tiada kaitan dengan Umno.

"Saya tak pernah jadikan dedak sebagai matlamat perjuangan selama 40 tahun. Lagipun saya tidak berjumpa Datuk Seri Najib Tun Razak selama dua tahun setengah. 

"Saya kalau Umno nak beli mahal, RM200 juta. Saya tak buat lawak," katanya.

Tambah Ibrahim lagi, beliau juga akan bertanding sebagai calon Bebas dan berhasrat memilih kerusi Parlimen Pasir Mas atau Rantau Panjang di Kelantan.

"Saya akan bertanding semula di Pasir Mas atau Rantau Panjang di Kelantan sebagai calon Bebas, tiada kena-mengena dengan Perkasa," katanya ringkas.

Ibrahim juga tidak melihat keputusannya untuk bertanding semula atas tiket Bebas pada PRU-14 sebagai satu masalah.

"Apa salahnya, saya pernah bertanding Bebas sebelum ini. Tun kata kalau saya masuk boleh pecah belah undi tapi apakah dia (Tun) boleh jamin tak ada calon Bebas pada PRU-14 nanti," soalnya.

Pada masa sama, beliau turut merancang untuk meletakkan kira-kira 50 calon bebas untuk bertanding pada PRU-14 sebagai calon alternatif kepada pengundi Melayu yang menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat, Umno, PAS dan Amanah.

"Kita nak lebih ramai suara calon Bebas di Parlimen yang boleh bercakap mewakili rakyat dan bukan terikat kepada parti," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ibrahim Ali , PRU-14 , Umno , Perkasa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan