Calon UPSR Dapat D Kertas BM Boleh Terus Ke Tingkatan Satu

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 11:57 PM

Datuk P Kamalanathan

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang memperoleh D dalam kedua-dua kertas Bahasa Melayu boleh memasuki tingkatan satu tahun depan tanpa perlu melalui kelas peralihan.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata pembaharuan itu dilihat dapat menjimatkan tempoh persekolahan murid terlibat memandangkan kelas peralihan mengambil masa setahun untuk sesi pembelajaran mengikut silibus ditetapkan dengan menumpukan kepada penguasaan Bahasa Melayu.

Beliau berkata surat pekeliling berhubung langkah berkenaan akan diedarkan ke Jabatan Pendidikan negeri-negeri dalam tempoh terdekat.

"Bagaimanapun, murid yang mendapat keputusan satu D dan satu E bagi mana-mana kertas Bahasa Melayu masih perlu memasuki kelas peralihan, namun boleh membuat rayuan kepada sekolah sekiranya ingin terus ke tingkatan satu.

"Pentadbir sekolah akan menilai setiap rayuan itu berdasarkan kepada kelayakan akademik murid dan ibu bapa yang ingin berbuat demikian boleh menyemak tarikh tutup dengan pihak sekolah," katanya kepada Bernama, di sini malam Rabu.

Beliau ditemui selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Hicom, Seksyen 27 di sini, dan merasmikan dewan serbaguna sekolah berkenaan.

Katanya jumlah calon UPSR tahun ini daripada SJKT yang mendapat keputusan E bagi kedua-dua kertas Bahasa Melayu, hanya 10 peratus daripada keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: UPSR , gred D , Datuk P Kamalanathan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan