"Anak Bebas Guna Harta Saya" - Jamal

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 8:00 PM

Datuk Seri Jamal Md Yunos

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata anak lelakinya bebas menggunakan harta miliknya dan media sosial tanpa perlu berselindung.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, gambar-gambar mempamerkan kekayaan dan kemewahan seperti yang dimuatnaik anak sulungnya itu di media sosial bagaimanapun bukanlah secara rasmi milik anaknya.

"Dia tak ada rumah atau kereta pun, apa yang dia ada hanya kereta yang saya pakai, tak ada lebih dari itu.

"Bagi saya dia 'low profile' ke, tinggi atau rendah 'profile' tak ada masalah, dia berhak dan bebas menggunakan sosial media, bebas bergaul dengan sesiapa, bebas menggunakan apa yang saya ada," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bersih 7 di sini, Rabu.

Jamal berkata demikian sebagai mengulas kritikan netizens yang mempertikaikan gaya hidup mewah anak lelakinya yang dapat dilihat menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik di laman sosial.



Jamal yang juga pemimpin gerakan Baju Merah berkata, kedudukan anaknya tidak boleh disamakan dengan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Adam Rosly, di mana pemilikan harta adalah di atas namanya sendiri.

"Adam Rosly semua pemilikan (harta) nama dia, kita dah buat kaji selidik kalau tak betul, minta dia saman saya.

"Saya tak berdengki dengan dia, tapi kita mempersoalkan bagaimana dia memperoleh kekayaan tersebut," katanya.

Jamal berkata, jika benar harta yang dimiliki Adam Rosly diwarisi daripada bapa atau keluarganya, beliau harus mengisytiharkannya.

"Isytiharkan, tak ada masalah, kata 'ini bapa aku punya', macam anak saya, dia boleh bagi tau 'ini (harta) bapa aku punya' dan saya kata 'ya itu saya punya' jadi tak ada masalah, ini bezanya, saya tidak tuduh sebarangan," katanya.

Jamal berkata beliau telah berniaga selama 28 tahun dan mempunyai syarikat sendiri serta membayar cukai.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan