Adenan Arah Ahli Parlimen BN Sarawak Tolak RUU355

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengarahkan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional negeri itu termasuk yang beragama Islam supaya menolak Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355).

Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, parti komponen BN negeri tidak akan menyokong RUU yang akan dibaca kali kedua di Parlimen minggu ini.

Dr Sim bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Tan Sri James Masing menemui Adenan ketika sidang Dewan Undangan Negeri pada Rabu.

Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), manakala Abang Johari dan Unggah dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) masing-masing adalah timbalan presiden dan naib presiden kanan parti itu.

"SUPP memang membantah rang undang-undang itu kerana ia tidak seiring dengan intipati Perjanjian Malaysia 1963 yang ditandatangani.

"Ketua Menteri bersama BN Sarawak berkaitan rang undang-undang hudud ini. SUPP telah mengarahkan ahli parlimennya untuk menolak rang undang-undang itu apabila tiba masa untuk mengundi.

"Semua parti komponen BN negeri juga bersatu dalam hal ini," kata Dr Sim pada sidang media di Kompleks DUN itu.

Sarawak ada 31 Ahli Parlimen merangkumi 25 dari BN, lima (DAP) dan seorang wakil PKR.

RUU355 dibentangkan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sidang Dewan Rakyat yang bermula 17 Oktober lalu akan tamat pada Khamis.

Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak ahli Parlimen beraga Islam menghadiri taklimat berkaitan RUU355 di bilik taklimat Parlimen.

RUU itu bertujuan untuk meningkatkan kuasa mahkamah Syariah bagi mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah, kecuali hukuman mati.

Beberapa pihak telah menyuarakan bantahan terhadap RUU ini, menyatakan bahawa pindaan itu akhirnya akan membuka jalan kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan hukuman hudud.




Tags / Kata Kunci: Adenan Satem , RUU355

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan