Tabung Haji Nafi Dakwaan Ringgit Malaysia Tidak Diterima Di Makkah, Madinah

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 12:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) pada Selasa menafikan berita yang disebar menerusi media sosial yang mendakwa kononnya mata wang Malaysia tidak diterima di Makkah dan Madinah, Arab Saudi.

TH dalam satu kenyataan berkata pemantauan melalui pejabat TH di Jeddah mendapati mata wang Malaysia diterima oleh kebanyakan pengurup wang di dua kota suci berkenaan.

"Selain itu, maklumat mengenai penggunaan kad ATM atau debit, yang membolehkan pengeluaran wang antarabangsa, yang kononnya tidak diterima, dan turut tersebar di media sosial, juga adalah tidak benar.

"Penggunaan kad ATM atau debit perlu mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan untuk melakukan pengeluaran wang," kata TH.

Sehubungan itu, TH berkata jemaah Malaysia yang akan ke tanah suci dan berhasrat untuk menggunakan kad ATM atau debit, dinasihati untuk berhubung terus dengan bank yang mengeluarkan kad berkenaan untuk maklumat penggunaan yang betul.
Tags / Kata Kunci: mata wang RM , Lembaga Tabung Haji

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan