Sertai Bersih 5, Mahfuz Serah Kepada Parti Ambil Tindakan

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 3:31 PM

Datuk Mahfuz Omar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menyatakan tindakannya dilakukan 'demi rakyat', Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin PAS kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 5.0 Sabtu lalu.

"Saya serahkan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk membuat keputusan dan terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan jika saya telah melakukan kesilapan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini kepada pemberita di lobi Parlimen.

"Apa yang saya lakukan adalah untuk rakyat dan saya menyertai Bersih kerana tuntutan rakyat," katanya.

Mahfuz berkata terdapat enam wakil rakyat PAS lain dari Kedah yang turut berada di perhimpunan tersebut.


Mahfuz, bekas Ketua Penerangan PAS berkata parti itu tidak mengeluarkan surat rasmi untuk menghalang ahlinya daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.


"Apa yang saya tahu hanyalah kenyataan Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan dalam Harakah Daily, bahawa PAS dan ahli-ahlinya tidak akan menyertai perhimpunan itu," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata beliau akan menyerahkan kepada jawatankuasa disiplin untuk mengambil tindakan terhadap ahli-ahli parti yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata tiada keputusan telah dibuat untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Mahfuz dan enam ahli yang lain.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan