Status Agama Anak Antara Fokus Pindaan Akta Perkahwinan Dan Perceraian

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 8:58 AM

Datuk Seri Azalina Othman Said. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, antara lain bertujuan menyelesaikan isu berbangkit di mahkamah tentang pasangan suami atau isteri yang memeluk Islam.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan buat pertama kali oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, turut menyentuh cadangan status agama anak pasangan yang bercerai, dikekalkan mengikut perkahwinan asal.

Selain itu, penukaran agama anak-anak kepada Islam disaran dibenarkan jika mendapat persetujuan bersama kedua-dua ibu bapa dan tertakluk kepada keinginan anak apabila mencapai umur 18 tahun.

Pindaan itu turut memberikan hak kepada suami atau isteri yang telah memeluk agama Islam untuk memfailkan petisyen perceraian bagi membubarkan perkahwinan sivil yang termaktub di bawah subseksyen 51 (1) rang undang-undang itu.

Pada masa ini, akta itu tidak memberi hak kepada suami atau isteri yang  memeluk agama Islam untuk memfailkan petisyen perceraian di mahkamah sivil, kerana hak untuk membubarkan perkahwinan hanya diberi kepada suami atau isteri yang tidak memeluk Islam.

Oleh itu, selagi suami atau isteri yang tidak memeluk agama Islam tidak memfailkan petisyen perceraian di mahkamah sivil, perkahwinan sivil suami isteri yang berbeza agama itu masih dianggap sah dan berterusan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976.

Pindaan akta itu turut memberi hak sama rata dalam persetujuan perkahwinan kepada ibu atau ibu angkat seseorang yang di bawah umur 21 tahun, sama seperti yang diberikan kepada bapa yang dimaktub dalam Fasal 3 subseksyen 12 (1) rang undang-undang itu.

Rang undang-undang itu juga bagi meminda Fasal 8 untuk melanjutkan tempoh perintah nafkah jika seorang anak melanjutkan pelajaran atau latihan atau ke peringkat lebih tinggi.

Azalina berkata, rang undng-undang itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat tahun depan.

Selain itu, tiga lagi rang udang-undang turut dibentangkan pada persidangan hari ini termasuk satu rang undang-undang baharu iaitu Rang Undang-Undang Kesalahan Yang Berhubungan Anugerah 2016.

Dua lagi adalah pindaan iaitu Rang Undang-Undang Kebankrapan (Pindaan 2016)dan Rang Undang-Undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan