Ahli Parlimen Berarak Ke Bukit Aman Tuntut Pembebasan Maria Chin

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 11:18 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 ahli Parlimen pembangkang berarak dari bangunan parlimen ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Selasa untuk menuntut pembebasan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Mereka juga menuntut supaya hak-hak Ahli Parlimen ditegakkan, berikutan tindakan terhadap beberapa ahli Parlimen yang dituduh melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) baru-baru ini.

Kumpulan itu, yang diketuai Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani), memulakan perarakan pada pukul 9.45 pagi, memegang sepanduk, plakad dan melaungkan slogan seperti 'Bebas Maria' dan 'Tolak Sosma'.

Ahli Parlimen lain yang turut mengambil bahagian ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM-Pagoh), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna), Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Tags / Kata Kunci: Bukit Aman , Maria Chin Abdullah , Sosma

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan