Kedudukan Adun Permatang Pasir Dipersoal

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 10:39 AM

Datuk Mohd Salleh Man

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mempersoal kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Datuk Mohd Salleh Man sebagai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) mempersoal sama ada Mohd Salleh masih bersama PAS atau tidak kerana Adun Permatang Pasir itu didakwa menjalin hubungan baik dengan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Beliau berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan pendirian PAS pusat yang menolak sebarang kerjasama dengan bekas rakan sekutunya iaitu DAP.

"Kita minta YB (Yang Berhormat) Permatang Pasir perjelas kedudukan beliau sama ada masih dengan PAS atau sudah pun masuk Parti Amanah Negara (Amanah)," katanya ketika mencelah sesi perbahasan Bajet 2017 Pulau Pinang oleh Datuk Omar Abd Hamid (BN-Permatang Berangan) pada persidangan DUN di sini, Isnin.

Terdahulu, Omar ingin tahu sama ada kerajaan DAP Pulau Pinang akan meneruskan konsep negeri berkebajikan seperti dilaungkan PAS.

Mohd Salleh yang kemudiannya bangun berkata, konsep negeri berkebajikan itu adalah slogan PAS pusat dan bukan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebarang pendirian berhubung kedudukannya sebagai pembangkang dalam DUN.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan