Jamal Rancang Bersih 7 Selamatkan Selangor

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 1:19 PM

Datuk Seri Jamal Yunos

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas dibebaskan daripada tahanan reman, pemimpin kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos mengumumkan akan mula menggerakkan 'Bersih 7' untuk menyelamatkan Selangor daripada kerajaan yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata pergerakan itu akan dilancarkan pada pukul 3 petang Rabu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.

"Gerakan ini akan melibatkan 'road show' di lebih 700 lokasi di Selangor.

"Kami nekad untuk menyelamatkan negeri ini," katanya selepas berjalan keluar dari Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya pada Selasa selepas dibebaskan dengan jaminan polis.

Jamal yang juga Ketua Umno bahagian Sungai Besar, mengucapkan tahniah kepada penyokong Baju Merah yang mengambil bahagian dalam perhimpunan Sabtu lepas, terutama yang ditangkap oleh polis dalam usaha mereka menentang perhimpunan Bersih 5.0.

"Mereka telah menunjukkan dedikasi dengan berhimpun menentang Bersih," katanya.

Mengenai kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa tindakan akan diambil terhadap ahli Umno yang mengambil bahagian dalam perhimpunan pada Sabtu, Jamal berkata mereka yang mengambil bahagian dalah ahli NGO.

"Saya ketua Umno bahagian tetapi saya mengetuai Baju Merah dalam kapasiti saya sebagai ahli NGO," katanya.

Jamal ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu di sebuah hotel  dan ditahan reman selama empat hari.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan