Jakel Tawar 60 Pakej Umrah Sempena Jualan Akhir Tahun

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 2:00 PM

Buat pertama kali Jakel menawarkan pakej umrah untuk 30 pasangan sebagai hadiah kepada pelanggan yang berbelanja minimum RM1,000 sempena promosi akhir tahun bermula Jumaat ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelanggan yang berbelanja minimum RM1,000 di gedung tekstil terkemuka Jakel berpeluang memenangi 60 pakej umrah sempena jualan akhir tahun bermula Jumaat ini.

Selain itu, pelanggan Jakel juga berpeluang memenangi wang tunai RM250 dan RM500 setiap minggu, menerusi peraduan beli dan menang.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, pakej umrah yang julung kali ditawarkan ini antara usaha syarikat untuk  berkongsi keuntungan dengan pelanggan.

“Menerusi pembelian minimum RM1,000 di semua cawangan Jakel, seramai 30 pasangan bertuah berpeluang memenangi pakej umrah di mana pemenang akan diumumkan akhir Mei depan.

“Bagi peraduan beli dan menang, seramai 2,100 pemenang bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM250, manakala 1,250 pelanggan lagi akan dipilih untuk memenangi wang tunai RM500 setiap minggu” katanya pada majlis pelancaran promosi itu di Jakel Mall, di sini Selasa.

Menurut Mohamed Faroz, pelanggan juga berpeluang menyertai kedua-dua kategori pertandingan ini menerusi pembelian dalam talian di laman Facebook Jakel Online.

Sepanjang tempoh promosi akhir tahun ini juga Jakel menawarkan lebih satu juta meter kain pelbagai pilihan dari segi corak dan warna, dengan harga serendah RM2.90 semeter.

“Harga yang ditawarkan kali ini lebih rendah berbanding tahun lalu," katanya sambil menambah pihaknya juga mempromosi produk lain seperti kain bercorak moden dan abstrak, perabot rumah dan kain langsir.

Menurutnya, 2016 adalah tahun ke-10 Jakel menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan menyasarkan kehadiran 100,000 hingga 150,000 pelanggan.

 

Tags / Kata Kunci: Jakel , umrah , Jakel Mall

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan