Laporan Ketua Audit Negara: Felda Telah Ambil Tindakan

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 8:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  (Felda) berkata agensi itu menyedari isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit berkenaan kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan perancangan dan pelaksanaan dan tindakan telah pun diambil.

Ada di antara perkara yang dibangkitkan itu kini telah diambil tindakan, ada yang telahpun dihentikan operasinya dan ada juga di antara individu yang terlibat akan dikenakan tindakan tatatertib," kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh Felda dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Projek tersebut adalah projek pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and Ranging, projek jalur lebar,projek ternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan projek pastri Schneeballen.

"Saya ingin menjelaskan sekali lagi bahawa Felda telah meluluskan pelantikan firma guaman bagi mengenal pasti sekiranya terdapat salah laku oleh pihak-pihak yang terlibat semasa pelaksanaan projek tersebut bagi menzahirkan komitmen berterusan di dalam memelihara integriti Felda," kata Mohd Isa.

Felda juga komited untuk mematuhi tatacara perolehan dan prosedur pembayaran bagi memastikan keberkesanan kawalan dalam dan tadbir urus yang baik. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Felda , Laporan Audit

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan