Saluran Pengisian Minyak Pesawat Di KLIA2 Kembali Pulih

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 10:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melaporkan saluran pengisian minyak pesawat pulih sepenuhnya di klia2 selepas selesai semua tiga peringkat pelan pembaikan bagi saluran yang bocor itu.

Peringkat tersebut antaranya melibatkan pembaikan, pengujian dan pengoperasian.

Dalam kenyataan pada Isnin, katanya saluran minyak yang telah dibaiki itu disahkan selamat oleh Sistem Pengisian Minyak Penerbangan Kuala Lumpur (KAFS) melalui pensijilan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

"Dengan selesainya fasa pengujian dan pengoperasian, semua pelan mitigasi seperti memudahkan pengisian minyak di ruang pesawat, 'bussing' dan perkhidmatan 'ambulift' untuk kemudahan penumpang ditamatkan berkuat kuasa hari ini.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan yang berkaitan atas kerjasama mereka dalam membantu Malaysia Airports memastikan keselamatan dan kesejahteraan penumpang kami, selain kecekapan operasi di klia2 yang terus menjadi keutamaan kami," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MAHB , KLIA2

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan