Audit Kenal Pasti Kelemahan Projek Pengerukan Perairan Negara

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 10:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengauditan terhadap Jabatan Laut dikesan mempunyai beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek pengerukan untuk pelayaran kapal di perairan negara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen, Isnin.

Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah pelantikan Syarikat Malaysian Maritime  and  Dredging Corporation Sdn. Bhd (MMDC) untuk kerja pengerukan dibuat tanpa asas kukuh kerana pada masa pelantikan, MMDC baru ditubuhkan dan tiada kelulusan Jemaah Menteri.

Projek pengerukan yang dilaksanakan di Kuala Perlis pula tidak mencapai sasaran kedalaman yang ditetapkan disebabkan berlaku pemendapan semula sendimen sebelum projek disiapkan dan tempoh kelulusan tapak pelupusan mengambil masa selama 187 hari.

"Kapal dan jentera lewat disediakan; berusia dan kerap mengalami kerosakan telah menyumbang kepada kelewatan menyiapkan kerja dan menunjukkan komitment MMDC kurang memuaskan," menurut laporan berkenaan.

"Sementara itu, projek Sg. Terusan Bagan telah ditamatkan secara penamatan bersama dan kerajaan telah menanggung kos berjumlah RM5.77 juta tetapi tidak mencapai objektif projek."

Kementerian itu sehingga Disember 2015, telah memberikan peruntukan sebanyak RM507.77 juta kepada MMDC untuk projek kerja pengerukan bagi keselamatan pelayaran untuk tempoh 15 tahun bermula 19 Oktober 2005 hingga 18 Oktober  2020.

Dalam pada itu, sehingga Disember 2015, sebanyak tiga daripada lima projek pengerukan yang diaudit telah berjaya disiapkan walaupun ada diantaranya telah melepasi jadual asal.

Antara syor yang dikemukakan bagi mengatasi kelemahan yang berlaku ialah Kementerian dan Jabatan Laut Malaysia (JLM) diminta mematuhi arahan Kementerian Kewangan untuk mengemukakan Kertas Jemaah Menteri berkaitan dengan pelantikan konsesi pengerukan.

Laporan itu turut menyebut JLM hendaklah memastikan kapal yang bersesuaian digunakan oleh MMDC untuk mengaut bahan kerukan supaya tidak berlaku masalah kekerapan kerosakan yang tinggi serta bahan kerukan dapat diangkut dengan sempurna.

Selain itu, JLM hendaklah memastikan semua alur pelayaran yang terdapat dalam skop kerja bebas daripada semua halangan bagi mengelakkan kelewatan penyiapan projek. - BERNAMA
Tags / Kata Kunci: projek pengerukan , perairan negara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan