Pemuda Letak Malaysia Dalam Permainan Final Fantasy XV

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 8:46 AM

Gambar sebuah bangunan di bandar Lestallum, yang mendapat inspirasi seni bina di Cuba, Malaysia dan Timur Tengah. Gambar ihsan Square Enix

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun kebanyakan mereka yang bermain permainan mahu menjadi lebih mahir suatu hari nanti, tetapi Wan Hazmer Wan Abd Halim mengangkat kerjayanya ke satu tahap lebih tinggi.

Bukan sekadar bermain tetapi beliau mencipta permainan.

Mengetuai pereka permainan untuk salah satu pemaju permainan video terbesar di dunia, tugas harian Wan Hazmer di Square Enix melibatkan imaginasi dunia yang hebat.

Apa yang lebih mengagumkan, ketua pemaju permainan bagi kumpulan 'budaya' berusia 36 tahun itu diberikan tugas untuk mereka bandar-bandar dan tempat tinggal untuk siri permainan 'role playing game' (RPG) paling popular di Jepun, Final Fantasy XV (FFXV).

"Mereka permainan seperti arktikek bagi mewujudkan keseronokan dalam permainan. Kita mencipta pengalaman permainan dengan merancang mekanik permainan, membuat susun atur bagi setiap peringkat malah menentukan suasanan bagi kawasan atau kejadian tertentu," katanya dalam wawancara bersama The Star Online.

Plot permainan mengenai Putera Noctis yang cuba menuntut semula tanah airnya, dan kristal ajaib yang boleh melindungi orang-orangnya selepas ia dirampas oleh empayar Niflheim yang berkuasa. 

Wan Hazmer Wan Abd Halim.

Bangga sebagai rakyat Malaysia, Wan Hazmer mencuba yang terbaik untuk memperkenalkan budayanya ke dalam FFXV.

"Saya cuba memujuk pasukan untuk meletakkan Pontianak dan Orang Minyak sebagai musuh dalam permainan, tetapi ditolak. 'Mereka' tak sesuai dengan dunia FFXV," katanya.

"Bagaimanapun, FFXV merupakan RPG yang menyampaikan pengalaman perjalanan yang unik bersama rakan baik anda menerusi dunia realistik dan fantastik.

"Dan semua tahu bila mengembara, pastinya sentiasa ada makanan! Salah satu bandar yang anda akan lalui dalam permainan adalah Lestallum. Budaya makanannya adalah inspirasi budaya kedai Mamak kita. 

"Jadi benarlah, buat pertama kali dalam sejarah Final Fantasy, anda dapat melihat roti canai, sate dan teh tarik," katanya.

Wan Hazmer mengakui bahawa bandar kegemarannya adalah Lestallum kerana kepelbagaiannya. 

Dengan campuran pengaruh seni bina Cuba, suasanan pasar Timur Tengah dan budaya makanan Malaysia, Lestallum akan berfungsi sebagai hab bandar buat permainan itu.

"Kita juga mempunyai hotel di sana! Seni bina bangunan dari Cuba, ia cuba dilihat seperti salah sebuah hotel yang anda boleh lihat di Taiping, Perak," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan