Laporan Audit: PAC Panggil Dua Kementerian Beri Penjelasan

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 7:25 PM

Hasan Ariffin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenal pasti dua kementerian yang akan dipanggil berhubung kelemahan masing-masing yang didedahkan dalam siri kedua Laporan Ketua Audit Negara 2015 pada Isnin.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan disoal siasat mengenai pengurusan yang lemah berkaitan Skim Penstabilan Minyak Masak yang menyebabkan kerajaan membelanjakan tambahan RM2.92 juta dalam bentuk subsidi.

Kementerian Kesihatan pula diminta memberi penjelasan berhubung kelemahan dalam pengurusan bekalan perubatan di klinik kesihatan di seluruh negara.

"Kita akan memanggil mereka pada persidangan Parlimen yang akan datang. Terdapat beberapa kementerian dan agensi lain yang akan kita panggil tetapi dua kementerian ini diberi keutamaan pada ketika ini," kata Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin kepada pemberita selepas taklimat dengan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di Parlimen pada Isnin.

Hasan turut mengumumkan PAC akan menjalankan audit susulan mengenai projek Kementerian Pendidikan, 1BestariNet.

"PAC akan melawat sekolah di kawasan bandar dan luar bandar serta kawasan pedalaman untuk mengkaji semula penerimaan dan pelaksanaan 1BestariNet di kalangan pelajar dan guru," katanya.

Namun, beliau berkata jawatankuasa itu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menyoal bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran apabila projek itu pertama kali dilaksanakan pada 2011.

"Kami tidak akan memanggilnya kerana ia tidak perlu," kata Hasan yang juga Ahli Parlimen Rompin.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan