Ahli Parlimen Pembangkang Berarak Ke Bukit Aman Selasa

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 2:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pembangkang akan berarak dari Parlimen ke Bukit Aman pada Selasa bagi menyerahkan memorandum untuk menggesa polis supaya berhenti menganggu wakil rakyat dalam membangkitkan isu di Dewan Rakyat.

Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada Isnin memberitahu pemberita bahawa perarakan itu akan bermula pada pukul 9.30 pagi Selasa.

"Kita mahu gesa Ketua Polis Negara supaya mengarahkan polis membiarkan Ahli Parlimen selepas apa yang berlaku kepada Tambun (Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah), Semporna (Datuk Seri Shafie Apdal) dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

"Kita mahu polis tidak mengambil tindakan terhadap pemberi maklumat seperti Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang membawa isu yang menjadi kebimbangan besar rakyat, ke Parlimen," katanya.

Ahmad Husni, Shafie dan Muhyiddin disiasat kerana membocorkan rahsia kerajaan dan melanggar sumpah kerahsiaan di Parlimen.

Rafizi dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan kerana membocorkan laporan sulit audit 1MDB.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan