Jaket Kuning Ahli Parlimen Cetus Kekecohan

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 2:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaket kuning seorang ahli parlimen wanita mencetuskan kekecohan di Parlimen apabila seorang timbalan menteri mengaitkannya dengan perhimpunan bersih, dan memberitahu wanita itu merupakan "satu-satunya wanita yang mempunyai Kok".

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang sepatutnya menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), secara tiba-tiba menyimpang dari topik dan menyentuh mengenai perhimpuna Bersih yang diadakan Sabtu lalu.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak kemudiannya memberi isyarat ke arah Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang memakai jaket kuning dan berkata: "Satu-satunya wanita mempunyai 'Kok' di Dewan Rakyat."

Kenyataan itu mengundang reaksi beberapa ahli parlimen pembangkang yang menuntut Tajuddin menarik balik perkataan tersebut kerana ia mempunyai implikasi yang kesat.

Tajuddin bagaimanapun berdegil dan enggan untuk berbuat demikian, sambil menambah bahawa perkataan "Kok" merujuk kepada nama keluarga Teresa.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee bersetuju dengan mengatakan bahawa perkataan itu boleh diterjemahkan sebagai nama ahli keluarga ahli parlimen berkenaan.

Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) berkata, walaupun maksudnya begitu, tetapi jelas Tajuddin mempunyai makna yang kesat.

Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) turut menuntut Tajuddin menarik balik perkataan tersebut.

"Adakah perkataan c** dibenarkan di Parlimen, jika tidak, ia perlu ditarik balik. Menjijikkan," kata Kasthuri.

Khalid Samad meminta Kiandee supaya mengarahkan Tajuddin untuk menarik balik kenyataan itu.

Tajuddin bagaimanapun terus mengeluarkan kata-kata kesat, menyebabkan Khalid Samad memanggil Tajuddin 'sial'.

"Menteri sial," kata Khalid.

Tajuddin kemudiannya menuduh Khalid Samad sebagai kurang ajar.

"Anda fikir saya takut dengan anda," soal Tajuddin yang merujuk kepada Khalid Samad.

Kiandee kemudiannya cuba untuk meredakan keadaan dan meminta Tajuddin meneruskan jawapan beliau.

Khalid Samad yang dilihat tidak berpuas hati memberitahu Kiandee supaya tidak "berpura-pura" dan tidak tahu mengenai konteks perkataan yang digunakan.

Tajuddin berkata: "Tuan Speaker, biarlah kami berdua selesai di luar," katanya sambil keluar dewan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan