Siasatan Anggota Umno Sertai Bersih 5 Masih Dijalankan - Tengku Adnan

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 5:45 PM

Tengku Adnan (kanan) bersama Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh pada sidang media PAU 2016 di ibu pejabat Umno, Isnin. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno masih lagi menyiasat anggota parti yang menyertai perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu lalu sebelum perkara itu diserahkan kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan lanjut.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya masih belum mendapatkan rakaman penuh perhimpunan tersebut.

"Kita masih belum dapat rakaman penuh. Kita tunggulah. Rakaman itu akan dikaji sebelum kita serah kepada jawatankuasa disiplin," katanya.

Tengku Adnan bagaimanapun tidak menolak ada anggota Umno yang menyertai perhimpunan haram itu.

"Ada... (ahli Umno yang terlibat)," katanya ringkas.

Pada masa sama, beliau tidak menjelaskan hukuman yang akan dikenakan terhadap anggota Umno yang terlibat.

Pada Ahad, Tengku Adnan berkata Umno akan mengambil tindakan disiplin terhadap anggota parti yang menyertai perhimpunan tersebut.

Malah, beliau turut menyatakan rasa kecewa dengan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyertai perhimpunan berkenaan.

"Saya pun tak faham, dulu cakap ini semua tak patut berlaku...saya rasa mereka ini angkuh dan terlalu kecewa, jadi percayalah pada qada dan qadar," katanya.

Tags / Kata Kunci: anggota Umno , Bersih 5 , tindakan disiplin

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan