Jawatankuasa Khas Dibentuk Pantau Pembalakan Haram

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 10:15 PM

Ahmad Razif memberi isyarat tanda bagus sewaktu tiba di Dewan Undangan Negeri untuk membentangkan bajet kerajaan negeri 2017 pada Isnin. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi memantau kegiatan pembalakan secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab di kawasan Hutan Simpan di negeri ini.

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman berkata jawatankuasa itu akan diketuainya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perhutanan Negeri serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ia ditubuhkan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti pembalakan haram dijalankan di hutan simpan negeri ini agar ia dapat terus dipertahankan untuk tatapan generasi akan datang," katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini Isnin.

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga akan menjalankan kerja-kerja konservasi atau menanam semula kayu-kayu balak bermutu tinggi jika sekiranya ia diambil dari hutan di negeri ini.

"Dalam mesyuarat exco baru-baru ini juga, kita telah menetapkan larangan melakukan sebarang aktiviti penerokaan atau pembalakan di hutan simpan milik negeri seluas 10,000 hektar merangkumi hutan di Tasik Kenyir dan Setiu Wetland.

"Kita juga akan menetapkan syarat pada masa datang agar lesen pembalakan hanya diberi kepada mereka yang berpengalaman kerana kita mahu mereka (pembalak) menanam semula kayu-kayu balak yang telah ditebang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan