Cadangan Wujud Jawatan Pemangku Timbalan Presiden Berasas

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 8:08 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk meminda Perlembagaan Umno bagi memasukkan klausa baharu mengenai jawatan pemangku Timbalan Presiden adalah berasas, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata saranan itu, yang diutarakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tidak harus dinilai atau disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

"Jika diteliti ucapan beliau (Ahmad Zahid), adalah jelas sekali kenyataannya itu mempunyai asas iaitu beliau telah melihat betapa rumitnya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu terpaksa menjalankan tugas tanpa pemangkuan," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Menurutnya cadangan Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno dan menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, hendaklah dibawa ke peringkat parti terlebih dahulu sebelum sebarang pindaan Perlembagaan boleh dilakukan.

Justeru itu, katanya kenyataan itu tidak harus dipolemikkan kerana ia sangat jelas dan nyata.

Tengku Adnan berpendapat cadangan Ahmad Zahid dibuat bagi membawa penyelesaian jangka panjang untuk parti, dan bukannya atas kepentingan peribadi.

"Penyelesaian kepada keadaan seumpama ini, jika menurut Timbalan Perdana Menteri, juga harus meliputi jawatan-jawatan lain seperti pemangkuan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian apabila Ketua Bahagian meninggal atau seumpamanya," katanya.

Berdasarkan Perlembagaan Umno, Fasal 9.9 hanya menyentuh tentang pemangkuan jawatan presiden yang boleh dipangku oleh Timbalan Presiden sehingga diadakan pemilihan presiden baharu.

Fasal 9.10 pula menyebut tentang Naib Presiden yang boleh memangku jawatan Pemangku Presiden sehingga diadakan pemilihan baharu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PAU 2016 , Tengku Adnan Tengku Mansor

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan