Jamal Tidak Patut Ditahan Di Bawah Sosma - Nurul Izzah - Berita Semasa | mStar

Jamal Tidak Patut Ditahan Di Bawah Sosma - Nurul Izzah

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 2:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau tidak mahu mana-mana individu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) termasuk pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos.

Nurul Izzah yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR, berkata, tiada pihak perlu ditahan menerima "kekejaman" akta tersebut, merujuk kepada penahanan pengerusi Bersih 2.0, Maria China Abdullah yang ditangkap sehari sebelum perhimpunan haram Bersih 5.0.

"Sejujurnya, tidak kira betapa bencinya saya terhadap Jamal, mereka tidak perlu ditahan di bawah akta ini.

"Malah jika melibatkan suspek keganasan, dakwa mereka di mahkamah," kaanya kepada media di lobi Parlimen, Isnin.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata, penahanan Maria menimbulkan kebimbangan terhadap pihak pembangkang bahawa Sosma akan digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat yang dinyatakan secara sah.

"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Sosma akan menjejaskan hak bersuara. Saya berasa sedih kerana perlu membangkitkan isu ini semula selepas 18 tahun berjuang (menghapuskan) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya merujuk kepada undang-undang baharu tersebut yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan.

Nurul Izzah turut ditanya tentang dakwaan yang mengatakan Maria sebagai satu ancaman.

"Mereka menahan seorang wanita yang merupakan ibu kepada tiga orang anak.

"Bagaimana rakyat Malaysia boleh menyifatkan beliau sebagai satu ancaman?" katanya.

Maria antara beberapa individu yang ditahan polis pada Jumaat lalu, kurang 24 jam sebelum perhimpunan Bersih dan Baju Merah diadakan.

Jamal turut ditahan selepas itu dan dikenakan tahanan reman selama empat hari atas arahan mahkamah di Ampang.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan