Laporan Audit: Pengurusan Hartanah Perda Kurang Memuaskan

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 10:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 mendapati secara keseluruhannya pengurusan hartanah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) adalah kurang memuaskan.

Menurut laporan itu, antara kelemahannya ialah pengurusan pembangunan hartanah secara usaha sama di Bandar Perda, Seberang Perai Tengah, masih berbaki tanah seluas 39.40 hektar atau 21.6 peratus belum dibangunkan walaupun pemaju mengambil tempoh pembangunan selama 21 tahun.

"Pulangan kepada Perda sejumlah RM57 juta yang dipersetujui pada 1994 tidak pernah dikaji atau disemak semula walaupun perjanjian usaha sama telah dilanjutkan selama 14 tahun sehingga 2018.

"Laporan kemajuan projek bulanan tidak dikemukakan dan pembayaran pulangan kepada Perda tidak mengikut tempoh ditetapkan dalam perjanjian," menurut laporan itu yang dikeluarkan pada Isnin.

Antara kelemahan pengurusan pembangunan hartanah secara usaha sama di Sungai Dua, Seberang Perai Utara pula ialah perubahan skop pembinaan belum mendapat kelulusan Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan walaupun permohonan telah dikemukakan pada 26 November 2013.

"Pembayaran pulangan kepada Perda berjumlah RM15.09 juta tidak mengikut tempoh ditetapkan dalam perjanjian," menurut laporan itu.

Selain itu, dari aspek pengurusan penjualan tanah kepada syarikat swasta, laporan berkenaan mendapati penjualan dibuat tanpa mengambil kira harga pasaran semasa, kos pengambilan dan kos pegangan tanah serta justifikasi penjualan pada harga rendah tidak disokong laporan teknikal.

"Ini menyebabkan kekurangan hasil berjumlah RM6.15 juta bagi tanah di Tok Keramat dan RM0.41 juta bagi tanah di Sungai Baong," menurut laporan berkenaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 juga mendapati kualiti pembinaan rumah di Taman Panchur Utama Fasa 2 secara secara pemajuan sendiri adalah tidak memuaskan.

Selain itu, Perda didapati tidak menyelenggara rekod hartanah dengan lengkap kerana tidak mempunyai perincian mengenai kos yang dibiayai agensi itu semasa hartanah dalam pegangan.

Oleh itu, pihak audit mengesyorkan supaya Perda mengkaji semula terma perjanjian pembangunan hartanah secara usaha sama dengan syarikat swasta supaya menjaga kepentingan Perda.

"Klausa Ganti Rugi Yang Ditentukan dan Ditetapkan hendaklah dimasukkan ke dalam perjanjian, dan pindahan milik tanah kepada pihak ketiga tidak boleh dibuat sehingga pembangunan di tanah tersebut disiapkan," menurutnya.

Perda hendaklah memastikan perunding dilantik mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan setelah projek perumahan siap dengan sempurna supaya penyerahan kunci kepada pembeli dapat dibuat mengikut perjanjian, kata laporan itu.

"Perda perlu mempertingkat pemantauan rapi terhadap kemajuan pembangunan tanah bagi memastikan semua projek dilaksanakan mengikut tempoh ditetapkan, spesifikasi dan berkualiti. Perda juga hendaklah membuat pemantauan terhadap pelaksanaan projek bagi memastikan syarat kontrak dipenuhi," menurut laporan itu.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Perda , Laporan Audit

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan