247 Syor Dikemuka Dalam Laporan Ketua Audit Negara

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 10:27 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 247 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri membuat pembetulan dan penambahbaikan untuk memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 68 syor kepada Kerajaan Persekutuan, 30 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 149 syor kepada kerajaan negeri.

"Seperti mana yang terdahulu, ketua jabatan yang berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk tujuan pengesahan," katanya dalam kenyataan yang diedarkan kepada Bernama, Ahad.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2, mengenai aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri serta Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri tahun 2015 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ambrin berkata, berdasarkan pengauditan terhadap 461 penyata kewangan kerajaan dan agensi kerajaan pada tahun lepas, sebanyak 421 penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.

Katanya, sebanyak 11 penyata kewangan pula diberikan Sijil Audit Berdasarkan 'Emphasis of Matter' dan 16 penyata kewangan pula diberikan Sijil Audit Berteguran.

"Baki enam penyata kewangan masih dalam proses pengauditan, tiga penyata kewangan belum disahkan kerana lewat mengemukakan penyata kewangan dan dokumen sokongan tidak lengkap serta empat penyata kewangan belum dikemukakan untuk pengauditan," katanya.

Beliau berkata dalam Laporan Siri 2 itu juga, sebanyak 77 pengauditan prestasi dan 19 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan dilaksanakan di peringkat persekutuan, negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.

Katanya, pengauditan itu merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan hasil, alam sekitar dan pengurusan syarikat.

Menurutnya, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Laporan Maklum Balas ke atas Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada Ketua Jabatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporan berkenaan.

Katanya, kandungan dan sinopsis Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 itu boleh dilayari dalam laman sesawang Jabatan Audit Negara di http://www/audit.gov.my mulai Isnin.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 1 telah dibentangkan di Parlimen pada 18 Mei lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Audit Negara , Ambrin Buang

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan