Bersih 5: Zuraida Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 12:58 PM

Zuraida Kamaruddin

Zuraida Kamaruddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin ditahan dipercayai berhubung perhimpunan haram yang berlangsung di ibu kota pada Sabtu.

Perkembangan terbaru itu menjadikan seramai 20 pemimpin dan aktivis ditahan bermula Jumaat sehingga semalam berhubung perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Baju Merah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi mengesahkan penahanan Ketua Wanita PKR itu, namun beliau tidak mendedahkan lokasi dan masa Zuraida ditahan.

Beliau berkata Zuraida ditahan bagi membantu siasatan berkaitan rusuhan mengikut Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, 19 pemimpin dan aktivitis daripada kedua-dua kumpulan itu termasuk Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan.

Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk tiga lagi penahanan membabitkan peserta perhimpunan kerana kesalahan menggunakan dron semasa perhimpunan itu, memiliki senjata parang dan buku lima, dan mendatangkan kecederaan kepada peserta lain. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Zuraida Kamaruddin , Bersih 5

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan