WRC 2016 Kembang Kemahiran Pelajar Dalam Bidang Robotik

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Dalam mengembangkan potensi robotik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar, Kejohanan Dunia Robotik Kebangsaan (WRC) 2016 diadakan di Dewan Besar Kolej Vokasional Gombak selama dua hari, Ahad dan Isnin.

Acara yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran World of Robotics Sdn Bhd dan dirasmikan Penolong Pengarah Kanan, Sektor Aktiviti Murid, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan, Anuar Abdul Hamid.

Turut hadir Pengarah Urusan World of Robotics Sdn Bhd, Lee Yew Kein dan Pengarahnya, Michelle Choo Mun Ling serta Pengarah Kolej Vokasional Gombak, Mohd Ghazaly Haroun.

Yew Kein berkata, WRC 2016 berteraskan anjakan kesembilan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2015) yang memerlukan kerjasama antara ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara menyeluruh.

Tambahnya, pertandingan ini merupakan satu landasan untuk para pelajar bagi menggunakan kemahiran Sains,Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kemahiran komunikasi dan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kelas robotik.

WRC 2016 melibatkan 560 pelajar tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan kolej vokasional dari empat negeri, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Kedah.

Pusingan kelayakan diadakan pada Ahad, manakala peringkat separuh akhir dan akhir pada Isnin.



iklan

Kolumnis

iklan

Iklan