PAU2016: Isu Tun M Dijangka 'Panaskan' Sesi Perbahasan - Berita Semasa | mStar

PAU2016: Isu Tun M Dijangka 'Panaskan' Sesi Perbahasan

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isu membabitkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menjadi tumpuan perwakilan pada Persidangan Pergerakan Pemuda Umno menjelang perhimpunan tahunan parti itu akhir bulan ini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu boleh berlaku kerana masih ada ahli yang setia dan menyokong bekas presiden parti itu atau paling parah mereka adalah 'musuh dalam selimut’.

“Banyak tumpuan mengenai pilihan raya umum akan datang termasuk isu mengenai Dr Mahathir.

“Kita perlu tegaskan bahawa beliau tidak lagi bersama kita, dan perlu lawan beliau serta sesiapa sahaja yang tidak bersama kita,” katanya dalam wawancara bersama The Star menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 yang bakal berlangsung mulai 29 November hingga 3 Disember ini.

Khairy berkata, sayap parti tidak akan memandang ringan mengenai Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Tambahnya, lebih membimbangkan apabila generasi muda mempunyai pemahaman terpesong walaupun mereka tidak dilahirkan semasa kepimpinan Dr Mahathir.

“Anak-anak muda di media sosial kata mereka merindui zaman Dr Mahathir. Mereka tidak dilahirkan pun ketika itu, jadi saya tidak faham apa yang mereka rindukan. Mereka lebih terdedah dengan mengaitkan Dr Mahathir dengan Menara Kembar dan Putrajaya.

“Malangnya rekaan mengenai Dr Mahathir ini dicipta semasa beliau menjadi sebahagian Umno sehingga generasi baru merasakan beliau tidak bersalah. Inilah kesannya. Kita perlu berusaha menangani perkara ini,” katanya.

 


   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan