Integriti Kunci Kejayaan Organisasi - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 1:51 PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (lima, kiri) menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Profesional Putrajaya (Koprojaya) ke 3 di Dewan Serbaguna Wisma Tani

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Elemen integriti amat penting dalam menggerakkan sesebuah organisasi dalam semua bidang sama ada politik, korporat mahupun koperasi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berucap semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (Koprojaya), di sini pada Ahad, beliau berkata sesebuah organisasi seperti koperasi akan tumbang jika kepentingan peribadi mengatasi kepentingan anggota secara keseluruhannya.

Menurutnya terdapat kira-kira 13,200 koperasi berdaftar di seluruh negara dengan hanya 10 peratus daripadanya yang berjaya menambah modal, aset dan keuntungan.

"Yang penting adalah pengisian kepada objektif dalam piagam koperasi kerana kerap kali sesebuah koperasi berobjektifkan kepada siapa peneraju utama tanpa mengira pulangan pelaburan kepada ahli-ahli.

"Kegagalan sesebuah koperasi adalah kerana kurang amanah, integriti tidak menjadi keutamaan dan apabila kepentingan peribadi mengatasi kepentingan ahli-ahli, maka koperasi mengalami masalah," katanya.

Ahmad Zahid turut memuji pengurusan Koprojaya apabila berjaya memberi pulangan lebih 110 peratus kepada pelaburan anggota hanya dalam tempoh tiga tahun penubuhannya.

Tambahnya koperasi seperti Koprojaya perlu menjalankan aktiviti yang relevan dalam menjaga kepentingan anggota dan keluarga mereka serta melipatgandakan pelaburan, sekali gus memberi kepuasan kepada anggota sesebuah organisasi.

"Aktiviti yang dijalankan (Koprojaya) melebihi daripada apa yang sepatutnya dijalankan sesebuah koperasi. Apabila piagam dan prinsip dipenuhi, saham RM1 kini bernilai RM11.40," katanya.

Beliau berkata Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad dan Bank Rakyat adalah antara contoh koperasi paling berjaya di negara ini dengan masing-masing kini mempunyai aset kira-kira RM4 bilion dan RM60 bilion.

Sementara itu, Pengerusi Koprojaya Muhammad Ammir Haron berkata koperasi yang didaftarkan secara rasmi pada 2013 itu setakat ini mempunyai 834 ahli penjawat awam muda dengan jumlah pendapatan meningkat 80 peratus merangkumi dividen sebanyak 10 peratus (selepas pembayaran zakat).

"Peningkatan keahlian adalah amat memberangsangkan dengan modal syer ahli meningkat sebanyak 72 peratus, membawa kepada nilai keseluruhan modal syer ahli kini berjumlah lebih RM730,000," katanya kepada media selepas majlis itu.

Muhammad Ammir berkata Koprojaya juga telah menyatakan hasrat kepada Timbalan Perdana Menteri untuk melaksanakan projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) khas untuk ahli Koprojaya.

"Ini kerana sebahagian ahli masih tidak mempunyai rumah atau sebahagian mereka yang memiliki rumah di luar Putrajaya sedangkan kini berkhidmat di sini," katanya.

Menurutnya hasrat tersebut disokong penuh Ahmad Zahid bagi membina antara 300 hingga 600 unit rumah PPA1M yang akan dibangunkan di Presint 18, di sini.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak kerajaan, katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan