Dr Mahathir Rendahkan Martabat Sendiri - Noh

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 7:17 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan haram Bersih 5 semalam telah merendahkan maruah dan martabat bekas perdana menteri itu sebagai pemimpin ulung negara.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata semasa menjadi perdana menteri, Dr Mahathir menggunakan pelbagai kaedah untuk menghalang penganjuran sebarang perhimpunan anti-kerajaan.

"Tun M (Mahathir) gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan ahli politik yang menentang kerajaan beliau.

"Kini Tun sertai perhimpunan haram, perkara yang beliau larang ketika beliau berkuasa, bila ada kuasa cakap lain, bila tiada kuasa cakap lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 'Jom Kembali Ke Sekolah' di sini, Ahad.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata Dr Mahathir menggunakan perhimpunan Bersih sebagai platform untuk menjatuhkan kepimpinan Barisan Nasional.

"Tahniah Dr Mahathir kerana berjaya jadikan Bersih sebagai kuda tunggangan platform politiknya dan saya melihat, semua pemimpin pembangkang dipermainkan secara keseluruhan oleh Dr Mahathir.

"Mungkin seni politik Dr Mahathir lebih canggih daripada pemimpin pembangkang yang secara tidak sedar, dan semua peserta Bersih yang selama ini menentang beliau telah dimainkan hidup-hidup oleh Dr Mahathir semalam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Anak Muda Bandar 2016, di Kuala Lumpur.

Sementara itu, di KELANTAN, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata rakyat sudah bosan dan hilang kepercayaan terhadap kumpulan Bersih yang kononnya memperjuangkan isu berkaitan rakyat, sebaliknya ia lebih kepada kepentingan politik pihak tertentu.

Beliau turut mencabar pemimpin Bersih bertanding pada pilihan raya sekiranya mahu berjuang membela nasib rakyat.

Nur Jazlan berkata polis sedang menyiasat perhimpunan tersebut dan tidak menolak kemungkinan tindakan boleh dikenakan terhadap Dr Mahathir jika perbuatannya melampaui batas undang-undang.

"Kita hormat Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin negara tetapi kalau (tindakannya) melampaui batas (undang-undang), saya tidak menolak kemungkinan akan diambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Rantau Panjang, Pasir Mas, Ahad.

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , Noh Omar , Bersih 5

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan