#CassidyBoleh Nyanyi Lagu Melayu

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

DILAHIRKAN di Australia, tiada siapa menduga gadis asing bernama Cassidy Anderson boleh menyanyikan lagu Bahasa Melayu.

Meskipun tidak tahu bertutur bahasa itu di awal kemunculannya sebagai artis, ia tidak sesekali mematahkan semangat gadis tersebut.

Minatnya yang mendalam untuk menyelami adat dan budaya masyarakat Melayu membolehkan Cassidy menguasai bahasa tersebut dengan mudah.

Kesungguhan dan bakat Cassidy dalam menghasilkan video cover nyanyian lagu-lagu berbahasa Melayu mendapat pengiktirafan orang ramai apabila percubaan pertamanya pada 2012 menyanyikan lagu 'Ombak Rindu' mencetuskan fenomena penonton di YouTube.

Video nyanyian bersama Irwan Azly itu mendapat hampir satu juta tontonan.

Terbaharu, Cassidy memuat naik video terbaharu, lagu "Teman Pengganti" nyanyian asal Black & Malique.

Kebolehan Cassidy menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu turut mendapat pujian dan pernah menjadi viral di laman media sosial suatu ketika dahulu.

Bakatnya turut diiktiraf industri muzik tempatan apabila dia dicalonkan bagi kategori ‘Nova Media Baru’ di Anugerah Planet Muzik 2012 di Singapura.

Video nyanyiannya boleh diakses menggunakan nama #CassidyBoleh.

Selain bergelar seorang penyanyi, Cassidy turut mempunyai ramai pengikut kerana sering berkongsi tutorial solekan di laman sosial YouTube.

Cassidy juga merupakan seorang model sambilan dan koreografer terkenal di bumi kanggaru.

Tags / Kata Kunci: #CassidyBoleh , minah salleh

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan