Enam Individu Ditahan Pada Perhimpunan Bersih 5

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2016 7:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih kurang enam individu ditahan sepanjang perhimpunan Bersih 5 dan Baju Merah yang diadakan di sekitar ibu negara pada Sabtu.

Menurut kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh sebanyak 28 laporan polis dibuat iaitu 20 laporan tangkapan dan lapan laporan Am serta empat kertas siasatan dibuka sepanjang perhimpunan berlangsung tersebut biarpun larangan telah dibuat.

"Laporan polis yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi mengikut Seksyen 147 / 511 Kanun Keseksaan kerana berhasrat mencetus rusuhan, pecah keamanan dan menggugat ketenteraman awam.

"Tangkapan dibuat terhadap satu lelaki Cina berumur 49 tahun kerana menggunakan Drone semasa perhimpunan. Kes disiasat di bawah Seksyen 143 Peraturan-peraturan Penerbangan Awam.

"Tangkapan melibat satu lelaki Melayu berumur 33 tahun kerana memiliki senjata berjadual. Kes disiasat  di bawah Seksyen 6(1) di bawah Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya. Senjata yang dirampas ialah sebilah parang dan satu buku lima," jelasnya dalam kenyataan media.




Turut ditahan seorang lelaki berketurunan Melayu berusia 33 tahun kerana dengan sengaja mendatangkan cedera iaitu menendang seorang lelaki Cina yang merupakan peserta Baju Kuning. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Tangkapan juga telah dibuat ke atas tiga lagi individu bersangkut siasatan di bawah Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan iaitu Hishamuddin bin Md Rais, Howard Lee Chuan How, Armand Azha Abu Hanifah," jelas Amar Singh.

Tambah Amar Singh, tidak dinafikan juga berlaku kesesakan lalu lintas luar biasa kerana peserta perhimpunan berkumpul dan berarak di jalan-jalan raya.

Kumpulan Baju Kuning berkumpul di Dataran Maybank, Stesen LRT Bangsar,Masjid Negara, SOGO, Tun Perak dan berarak menuju ke Dataran Merdeka.

Manakala peserta Baju Merah pula berkumpul di sekitar PWTC, Jalan Raja Laut, SOGO dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Kumpulan ini berarak ke Padang Merbok setelah di arahkan pasukan polis.

Dianggarkan seramai lebih kurang 15,500 peserta Baju Kuning hadir ke perhimpunan ini, manakala hanya lebih kurang 2,500 orang hadir berhimpun dengan memakai Baju Merah. 

Sehingga pukul 6.00 petang Sabtu, suasana di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di Dataran Merdeka terus terkawal dan peserta perhimpunan telah bersurai.

Tags / Kata Kunci: Enam ditahan , Bersih 5 , Baju Merah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan