Bersih 5: Menanti Gelagat Merah 'Lawan' Kuning

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2016 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

DATARAN Merdeka sekali lagi menjadi tumpuan. Pun begitu lokasi yang menjadi simbol kemerdekaan negara itu tidak pernah 'ditawan' oleh kumpulan penunjuk perasaan menerusi beberapa siri demonstrasi di ibu negara sebelum ini.

Perhimpunan Bersih juga kini memasuki edisi kelima sejak kali pertama diadakan pada 2007 - juga bagi menuntut pilihan raya yang adil.

Perhimpunan Bersih 4 pada tahun lalu disifatkan sebagai 'bosan' dan 'hambar' kerana tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang demonstrasi yang berlangsung selama 34 jam itu.

Bagaimanapun perhimpunan Bersih 5 yang dijadual diadakan esok dijangka 'meriah' dengan kehadiran satu lagi kumpulan dikenali dengan identiti baju merah yang bertujuan menyaingi gerakan Bersih.

Untuk rekod, sama ada kuning atau merah, kedua-dua perhimpunan itu diklasifikasikan sebagai haram kerana tiada permit daripada pihak berkuasa.

Kumpulan Bersih akan mula berhimpun di dua lokasi utama iaitu di Jalan Bangsar (Dataran Maybank) dan Masjid Negara sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

Begitu juga halnya dengan laluan kumpulan baju merah apabila ketua kumpulannya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata: "di mana ada kuning, di situ ada merah".

 Bagaimanapun Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata pihaknya akan memastikan supaya tiada pertembungan berlaku antara kumpulan Jamal dan Bersih 5.



Berdasarkan pemerhatian kasar, kehadiran kumpulan Jamal yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar dibimbangi bakal mencetuskan suasana tidak sihat khususnya melalui tindakan provokasi.

Ia susulan insiden kekecohan membabitkan kumpulan baju merah ketika siri konvoi promosi Bersih 5 di beberapa lokasi sebelum ini.

Di pihak penganjur Bersih 5, mereka seakan menjangkakan kekecohan bakal berlaku pada Sabtu.

Menerusi beberapa posting di laman sosial termasuk Facebook dan Twitter, beberapa tips dan peringatan diberikan menerusi poster bergambar kepada peserta demonstrasi.

Antaranya ialah panduan langkah keselamatan serta barangan keperluan yang perlu dibawa sekiranya berdepan dengan gas pemedih mata dan semburan air.

Lebih menarik, berdasarkan pengalaman pada perhimpunan Bersih 4 yang lalu, penganjur juga melarang penjualan dan penggunaan alat tiupan vuvuzela kerana mengganggu aktiviti yang dirancang.

Walau apa pun, kedua-dua pihak diharap dapat mengawal tingkah laku penyokong masing-masing bagi mengelak kejadian buruk berlaku yang memaksa campur tangan pihak berkuasa.

Lebih mustahak, biarlah ugutan Jamal bahawa "darah dibayar dengan darah" susulan insiden 'hidung berdarah' sebelum ini hanya sekadar gurauan yang tidak akan berlaku.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan