Laporan Semasa Perhimpunan Bersih 5 & Gerakan Baju Merah

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2016 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

BERIKUT adalah laporan langsung yang dibawakan wartawan mStar Online di beberapa lokasi perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Baju Merah di sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu:

5.30 petang: Perhimpunan Bersih di sekitar Jalan Ampang bersurai. Hujan mulai turun di kawasan berkenaan.

4.35 petang: Kumpulan baju merah di sekitar Jalan Raja Laut dilihat telah bersurai. Anggota polis dan FRU juga sudah beredar.

4.30 ptg: Situasi di sekitar Jalan Raja Laut tenang. Kumpulan baju merah dilihat telah bersurai. Namun anggota polis dan FRU kelihatan masih bertugas mengawal keadaan di sekitar ibu negara.

4.22 petang: Sebilangan besar penyokong di KLCC mula bersurai. Ada di antara mereka sempat berselfie dan memasuki pusat membeli-belah Suria KLCC.

4 petang: Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal memberi arahan kepada anak buahnya (peserta baju merah) untuk bersurai namun mereka tetap berkumpul di sekitar Jalan Raja Laut.


3.50 petang: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di KLCC ditemani Presiden Pribumi, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz. Sekumpulan besar penyokong Bersih berkumpul di sana.

3.30 petang: Penyokong baju merah berarak dari Padang Merbok dan berkumpul di Jalan Raja Laut berhadapan pusat membeli-belah Sogo.


3 petang: Situasi di padang merbok lengang.



2.30 petang: Penyokong baju merah kelihatan mula bersurai dari Padang Merbok menuju ke pusat membeli-belah Sogo.




1.50 petang: Ahli Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Abu Hanifah bersama empat penyokong baju merah lain dibenarkan pulang oleh pihak polis

1.39 petang: Lima penyokong baju merah cuba mendapatkan kebenaran polis untuk keluar dari kawasan Padang Mebok dengan alasan terdapat 'kecemasan'.


12.30 tengah hari: Tun Dr Mahathir Mohamad baharu sahaja tiba di tanah air dari Sudan. Beliau akan menyertai perhimpunan Bersih.


12.28: Sekumpulan Penyokong Baju Merah tiba di Padang Merbok. Anggota polis dan FRU membentuk penghadang untuk mengawal kumpulan Baju Merah yang baharu tiba dari Jalan Kuching.

12.25 tengah hari: FRU menyekat laluan di luar pusat membeli-belah Sogo. Mereka menggesa peserta perhimpunan untuk meninggalkan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut menuju ke arah Sogo.


12.20 tengah hari: Datuk Ambiga Sreenavesan dan beberapa pemimpin Bersih dilihat berunding dengan polis di Bangsar menuju ke Dataran Merdeka.

12.19 tengah hari: Polis dilihat sedang memeriksa meriam air dan secara tidak sengaja tersiram ke arah anggotanya di Bangsar.

12.15 tengah hari: Difahamkan penyokong Baju Merah akan berkumpul di Padang Merbok manakala penyokong Bersih akan kekal di Dataran Merdeka untuk mengelakkan pergaduhan. Peserta Baju Merah turut dikawal ketat pihak polis.


12.06 tengah hari: Penyokong Baju Merah diringi polis dari Jalan Raja Laut menuju Padang Merbok.


11.50 pagi: Petugas keselamatan Bersih 2.0 membuat sekatan bagi menghalang peserta Bersih 5 melepasi kawasan keselamatan polis di Jalan Tun Perak ke Dataran Merdeka.

11.48 pagi: Sekumpulan kecil penyokong Baju Merah menunggu kehadiran ahli lain di Padang Merbok. Difahamkan kumpulan tersebut yang diiringi polis dalam perjalanan menuju ke Padang Merbok dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).



11.45 pagi: Bilangan penyokong Bersih semakin bertambah di Masjid Jamek.

11.30 pagi: Berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong Baju Merah menyepak perut penyokong Bersih ketika mereka dalam perjalanan meninggalkan Padang Merbok.

11 pagi: Penyokong Baju Merah dipercayai bergerak menuju ke Masjid Negara.

10.58 pagi: Penyokong Baju Merah dilihat meninggalkan kawasan sekitar Padang Merbok. 

10.55 pagi: Pemimpin Bersih meminta penyokong untuk berhenti meniup vuvuzela.

10.35 pagi: Penyokong Bersih mula berkumpul di Jalan Tun Perak.

10.30 pagi: Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishammudin Rais ditahan polis di Bangsar. Terdahulu dia berucap di hadapan penyokong Bersih.



10.20 pagi: Sekumpulan kecil penyokong Baju Kuning cuba memasuki Dataran Merdeka melalui Jalan Parlimen tetapi dihalang pihak polis.

10.05 pagi: Suasana di Padang Merbok masih lagi tenang. Penyokong Baju Merah masih menunggu ahli lain yang masih belum tiba.


9.45 pagi: Kelihatan Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui padang merbok menuju Dataran Merdeka.



9.37 pagi: Kumpulan Baju Merah berarak melalui Jalan Raja Laut dan dilihat berhenti di depan Quality Hotel.


9.10 pagi: Kumpulan berkenaan beredar dari lokasi di Jalan Melaka ke arah Jakel Mall. Ambiga di LRT Bangsar.

9.20 pagi: Kumpulan baju kuning bersiap sedia di Dataran Maybank.


9 pagi: Kumpulan Baju Merah dilihat berkumpul di Jalan Melaka berhampiran LRT Masjid Jamek. Sementara itu, tinjauan di sekitar padang merbok mendapati suasana masih tenang. Hanya beberapa penyokong baju merah berkumpul sambil menanti penyokong yang lain tiba di sini.


8.45 pagi: Situasi di Dataran Maybank, Bangsar.


8.20 pagi: Penyokong bersih 5 berkumpul di hadapan Masjid Negara dengan kostum 'Pikachu'.

8.15 pagi: Kelibat penyokong Baju Merah tidak kelihatan di Masjid Negara.


8 pagi: Penyokong Bersih sudah berada di hadapan LRT Masjid Jamek. Polis turut menyekat laluan di Kompleks Daya Bumi.


7.45 pagi: Kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan dalam keadaan berjaga-jaga di Jalan Tun Perak.

7 pagi: Laluan dari semua arah menuju ke Dataran Merdeka ditutup dan dikawal ketat pihak polis.




Tags / Kata Kunci: Bersih 5

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan