Perhimpunan Bersih 5 Diteruskan Tanpa Kelibat Maria, Mandeep

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2016 7:15 AM

Antara laluan di sekitar ibu negara yang ditutup susulan perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Ahli Sektretariat, Mandeep Singh dan beberapa aktivis lain telah ditahan, perhimpunan Bersih 5 akan diteruskan.

Maria dan Mandeep memberitahu perhimpunan itu perlu diteruskan tanpa kelibat mereka.

Jawatankuasa Bersih 2.0 berkata penahanan kedua-dua orang kuat badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak akan mengubah apa-apa.

"Perhimpunan akan tetap diteruskan seperti dirancang," kata jawatankuasa itu.

Maria dan Mandeep dipindahkan ke lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan akan direman pada Sabtu.

Peguam mereka, Eric Paulsen dan Melissa Sasidaran berkata Maria ditahan dibawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen manakala Mandeep pula ditahan dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Kedua-duanya ditahan ketika polis melakukan serbuan di pejabat Bersih 2.0 petang Jumaat.

Pegawai Media dan Komunikasi Bersih 2.0, Yap Pik Kuan berkata serbuan dilakukan pada pukul 3.15 petang.

Tags / Kata Kunci: Bersih 2.0 , Perhimpunan Bersih 5

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan