Bersih 5: Ambiga Tiba, Penyokong Semakin Bertambah

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2016 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kehadiran bekas Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan yang tiba di stesen LRT Bangsar untuk menyertai perhimpunan Bersih 5 disambut meriah penyokong Baju Kuning.

"Hari ini hari yang bagus dan sokongan semua memberikan kita harapan," katanya.

Jumlah kehadiran penyokong Bersih di stesen LRT Bangsar semakin bertambah setakat pukul 9.15 pagi Sabtu.

Penyokong melaungkan slogan “Bersih, Bersih, Bersih” ketika mereka menunggu perarakan ke Dataran Merdeka.

Terdahulu, sekumpulan individu memakai baju berwarna ungu atau skuad keselamatan Bersih tiba di stesen tersebut.

Isaiah Jacob, 50, yang kudung sebelah kaki berkata dia bersedia untuk berarak dari LRT Bangsar menuju ke Dataran Merdeka.

"Walaupun saya orang kelainan upaya, saya menganggap diri seperti insan biasa yang lain dan sebagai rakyat Malaysia. Saya ada tanggungjawab untuk berjalan kaki bagi menuntut pentadbiran kerajaan yang baharu dan negara Malaysia yang lebih baik.

"Saya menyertai perhimpunan Bersih sejak ia pertama kali diadakan pada 2007," kata Jacob.

Tags / Kata Kunci: Ambiga Sreenevasan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan