Perhimpunan Sandiwara Pembangkang - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 12:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  menyelar parti pembangkang di Malaysia yang berselindung di sebalik sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menentang kerajaan.

Najib berkata sebagai pihak yang kalah dalam pilihan raya, pembangkang berhak untuk mengkritik kerajaan tetapi hendaklah menggunakan saluran yang betul.

"Namun di Malaysia, keadaan berbeza. Parti pembangkang di negara ini mempergunakan sebuah NGO yang kononnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan memerangi rasuah, untuk menekan kerajaan melalui perhimpunan," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapan bertajuk 'Sandiwara Perhimpunan Pembangkang' yang dimuat naik di laman www.najibrazak.com Jumaat.

Beliau berkata rakyat sedia maklum bahawa NGO itu sebenarnya merupakan boneka pembangkang, memandangkan hampir kesemua perhimpunan yang telah dan akan diadakan diketuai pemimpin pembangkang.

"Pada perhimpunan kedua, mereka mengganas di Kuala Lumpur hingga menterbalikkan kereta polis. Perhimpunan ketiga pula, mereka mendengar arahan ketuanya merempuh halangan polis sehingga menimbulkan kekecohan.

"Pada edisi keempat pula, mereka bersorak untuk menjatuhkan parti pemerintah, tetapi memanggil diri mereka non-partisan. Akhir sekali pada perhimpunan kali kelima ini pula, mereka menjunjung pemimpin pembangkang yang sudah didakwa melakukan rasuah, padahal mereka kata mahu memerangi rasuah.

"Tidakkah sudah terang lagi bersuluh, bahawa perjuangan mereka adalah palsu dan perhimpunan ini hanyalah gerakan parti pembangkang yang berselindung sebagai NGO non-partisan untuk menentang kerajaan yang dipilih rakyat?," kata Najib.

Menurut Perdana Menteri, majoriti rakyat sudah lali dengan taktik yang digunakan pembangkang, dan mereka hanya mahukan khidmat bakti daripada kerajaan.

"Itulah yang saya dan pasukan saya akan terus lakukan," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Bersih 5 , Najib Tun Razak

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan