Murid Hidap Kanser Usus Catat 6A

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 8:55 AM

Wan Adibah Farhani Wan Mazlan dari Sekolah Kebangsaan Ibrahim 2, Pasir Mas ditemani ibunya Ani Harun, 48, memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2016. Murid tersebut menduduki peperiksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, kerana menerima rawatan sejak September lalu kerana penyakit kanser usus. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Meskipun terpaksa menahan sakit akibat kanser usus ketika menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2, Pasir Mas, berjaya mencatat A dalam kesemua enam mata pelajaran.

Beliau yang kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kelihatan tidak bermaya namun siapa sangka dalam keadaan seperti itu, kejayaan berpihak kepada dirinya.

Menurut ibunya Ani Harun, 48, anak bongsu daripada empat beradik itu sangat tabah menghadapi dugaan, walaupun sakit anaknya itu tetap bersungguh-sungguh menjawab soalan peperiksaan.

Katanya anaknya itu mengambil peperiksaan bersama lima lagi murid lain yang mendapat rawatan di hospital berkenaan September lalu.


"Memang dia antara murid yang disasarkan memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini.


"Saya sebenarnya tidak mengharapkan sangat sebab kasihan melihat keadaannya tetapi mungkin berkat kesungguhan dia sendiri, kejayaan tetap menjadi miliknya," katanya ketika ditemui Bernama di hospital itu, Khamis.

Kejayaan Wan Adibah Farhani turut dikongsi guru besar sekolahnya, Tuan Khamsiah Tuan Yusoff dan beberapa guru lain yang hadir sendiri ke HUSM bagi menyampaikan keputusan berkenaan, di mana Wan Adibah Farhani adalah seorang daripada tiga murid sekolah tersebut yang memperoleh keputusan 6A.

Tuan Khamsiah berkata, Wan Adibah Farhani seorang murid cemerlang dan menjadi harapan sekolah.

"Keputusan ini membuktikan penyakit yang dihidapi selama ini tidak pernah menjadi batu penghalang untuk beliau meraih kejayaan malah sudah pasti beliau menjadi inspirasi kepada murid lain," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan