IIM Cadang Ujian Psikometrik

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Integriti Malaysia (IIM) mencadangkan kepada kerajaan supaya melakukan ujian psikometrik terhadap penjawat awam sedia ada dan kemasukan baharu dalam usaha membendung kegiatan rasuah terutama yang bertugas di bahagian berisiko tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Anis Yusal Yusoff berkata ujian tersebut bertujuan mengenal pasti profil dan menentukan tahap integriti seseorang penjawat awam sebelum dilantik ke jawatan tertentu.

"Ia amat penting bagi mereka yang ditugaskan di barisan depan seperti pegawai imigresen di pintu masuk negara bagi mengelak negara mudah dibolosi oleh penjenayah atau mereka yang tiada dokumen perjalanan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutupan Konvensyen Integriti Nasional 2016 oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, di sini, Jumaat.

Katanya pada masa ini, sekitar enam agensi atau jabatan kerajaan telah melaksanakan ujian tersebut untuk kakitangan yang hendak dilantik ke jawatan tertentu, tetapi masih banyak jabatan lain belum melaksanakannya.

Katanya, sebagai sebuah institusi yang memikul tanggungjawab menggerak aktiviti memperkasakan integriti di negara ini, IIM bersedia menawarkan kepakaran dan pengalamannya membantu kerajaan dalam konteks tersebut.

Menurutnya, IIM telah mempunyai sistem ujian itu yang bukan hanya memfokuskan kepada mengenal pasti profil, malah menjalankan intervensi terhadap penjawat awam yang dikenal pasti mempunyai isu berkaitan integriti.

Dalam pada itu, Ambrin berkata agensi kerajaan perlu berusaha mengelakkan kes-kes '3P' iaitu pemborosan, pembaziran dn penyelewengan dalam merancang dan melaksakan program dan projek.

Katanya, berdasarkan audit yang dilaksanakan, kes-kes 3P sering menjadi dapatan pihaknya dan ia menyebabkan ketirisan kepada perbelanjaan kerajaan.

"Agensi kerajaan perlu berusaha keras mengelak 3P dan mengamalkan konsep nilai kepada wang dalam perbelanjaan yang boleh mengelakkan ketirisan," katanya.

Konvensyen dua hari itu yang bertemakan 'Integriti dan Tadbir Urus: Memperkasa Imej Perkhidmatan Awam' diadakan bagi membincangkan mengenai usaha meningkatkan imej perkhidmatan awam dari perspektif integriti dan tadbir urus.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: IIM , psikometrik

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan