Dnars Tawar Minyak Motosikal Percuma

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 9:00 AM

Ahmah Shah Rizal (kiri) bersama Faziani.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat produk kecantikan dan kesihatan Dnars menawarkan minyak secara percuma kepada 2,000 pengguna motosikal 125cc di Stesen Minyak Petron Belimbing, Tanah Merah di Kelantan setiap Jumaat dan Sabtu sepanjang bulan November.

Tawaran itu sempena bulan kelahiran pengasas Dnars, Faziani Rohban dan suami, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, masing-masing pada 10 dan 4 November.

Lebih dikenali sebagai Rizal, beliau berkata, tawaran yang julung kali diadakan itu akan berlangsung selama empat hari iaitu 18, 19, 25 dan 26 November ini dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan hanya terhad kepada 500 motosikal 125cc terawal setiap hari sepanjang tempoh tersebut. 

"Ia merupakan sebahagian daripada sumbangan Dnars bagi meringankan beban masyarakat terutama mereka di luar bandar.

“Ini terutama dalam keadaan sekarang yang menyaksikan harga minyak naik dan barangan lain termasuk minyak masak,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.


Rizal berkata, Stesen Minyak Petron Belimbing di Tanah Merah itu merupakan milik beliau bersama Faziani yang diusahakan sejak tiga tahun lalu.

Beliau berkata, program tersebut secara tidak langsung menjadi platform untuk mendekati pengguna terutama mereka yang terus setia menggunakan produk Dnars.

Mengenai tawaran itu yang akan menyebabkan stesen minyak miliknya 'diserbu', Rizal berkata, persiapan rapi telah dilakukan bagi mengelakkan sebarang kesesakan.

“Kita menyediakan pam berasingan untuk pengguna motosikal untukt tawaran ini dan pengguna kenderaan lain bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya sambil menambah hanya dua pam disediakan untuk tawaran minyak percuma.

Stesen Minyak Petron Belimbing di Tanah Merah, Kelantan.

Tambah Rizal, pihaknya turut mendapatkan kerjasama daripada pasukan Rela untuk mengawal lalu lintas dan keadaan di stesen minyak.

Dalam pada itu, beliau menegaskan tiada baucar atau kupon yang diperlukan bagi membolehkan pengguna motosikal untuk mendapatkan tawaran itu.

“Mereka boleh terus datang ke pam minyak. Mereka juga boleh mendapatkan minyak percuma lagi pada hari yang lain.

"Contohnya, kalau hari ini dah pergi, esok boleh pergi, malah nak dapatkan minyak percuma minggu depan juga tak ada masalah, selagi 500 yang terawal,” ujar Rizal. 

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan