Saya Akan Isytihar Aset Jika Diarah Parti - Adam Rosly

Diterbitkan: Jumaat, 18 November 2016 5:01 PM

Adam Rosly.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly akan mengisytiharkan aset miliknya jika terdapat arahan daripada parti.

Jika tidak, Adam berkata, beliau memegang kepada kepercayaan bahawa asetnya merupakan hal peribadi.

"Saya bersetuju dengan cadangan itu (mengisytiharkan harta saya), tetapi apakah keperluan untuk saya berbuat demikian?

"Saya bukan seorang penjawat awam. Tetapi jika ia adalah arahan umum PKR dan berbuat demikian akan memuaskan hati semua pihak, maka saya bersedia untuk mengisytiharkan harta saya," kata Adam pada sidang media, Jumaat.

Adam berkata, beliau akan mengisytiharkan asetnya sekiranya parti memilih beliau menjadi calon pada pilihan raya umum.

Selasa lalu, Ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, Adam perlu memberi penjelasan mengenai bagaimana beliau boleh memperoleh rumah mewah di Kuala Lumpur pada usia muda.

Adam, 28, menjelaskan bahawa beliau membeli banglo dua setengah tingkat di Ampang dalam satu lelongan berharga RM1 juta.

Tags / Kata Kunci: Adam Rosly

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan