Yu Paus Seberat Satu Tan Ditemui Tersangkut Dalam Pukat Nelayan

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 9:30 AM

Sekumpulan nelayan muara Sungai Duyong, gempar apabila seekor anak ikan yu paus atau nama saintifiknya Rhincodon typus, tersangkut pada jaring sebuah bot kira-kira tujuh batu nautika dari Pulau Hanyut pagi Rabu. Ikan seberat kira-kira 1.5 tan dan berukuran lima meter itu disedari tersangkut pada jaring kira-kira pukul 4 pagi. Ia kemudiannya ditunda oleh Saedon Ibrahim, 56, dan adiknya, Mahat Ibrahim, 55, ke Hub Perikanan Muara Sungai Duyong. Pemeriksaan oleh Jabatan Perikanan mendapati ikan itu masih hidup dan dilepaskan ke perairan yang lebih selamat dan bersih di sekitar Pulau Undan. Saedon bagaimanapun mengalami kerugian kira-kira RM7,000 akibat jaring yang rosak teruk. Ikan itu merupakan spesis marin yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seekor yu paus spesis 'Rhincodon Typus' seberat kira-kira satu tan ditemui tersangkut dalam pukat hanyut seorang nelayan di kawasan laut berhampiran muara Sungai Duyong di sini, Rabu.

Pengarah Jabatan Perikanan Melaka Mohd Ghazali A. Manap berkata haiwan spesis diklasifikasikan sebagai terancam sepanjang 20 kaki itu, ditarik nelayan terlibat yang hanya dikenali sebagai Mahat, 51, ke muara sungai tersebut kira-kira 11 pagi tadi.

"Nelayan berkenaan kemudian membawa ikan yu paus tersebut ke muara sungai kerana sukar melepaskannya dalam keadaan laut bergelora sebelum melaporkan kepada Jabatan Perikanan.

"Yu paus ini memang terdapat di perairan kita dan kemungkinan tersangkut pada pukat hanyut nelayan ketika sedang mencari makan iaitu udang kecil yang banyak di kawasan berhampiran," katanya ketika dihubungi Bernama .

Beliau berkata pegawainya yang tiba di lokasi mendapati haiwan mamalia itu mengalami sedikit kecederaan di bahagian ekor dan berada dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan'.

Katanya haiwan yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985 itu kemudian dilepaskan kira-kira satu batu nautika dari muara sungai berkenaan berhampiran Pulau Undan pada 12.15 tengah hari tadi.

Mohd Ghazali berkata operasi melepaskan haiwan berkenaan dengan menariknya menggunakan tali yang mengambil masa kira-kira 30 minit itu dibantu nelayan serta anggota polis.

Beliau berkata tindakan nelayan berkenaan amat dipuji kerana ia dapat membantu menyelamatkan hidupan terancam seperti ikan yu paus.

"Kita berharap nelayan lain agar membuat tindakan sama dengan melaporkan kepada Jabatan Perikanan sekiranya mereka tertangkap atau ada haiwan spesis terancam tersangkut pada pukat atau jaring mereka," katanya.
Tags / Kata Kunci: yu paus , Rhincodon Typus , Sungai Duyong

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan