Malaysia Terima 888, 200 Pelarian Sejak 2010

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 5:06 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia telah menerima kemasukan kira-kira 888,294 pelarian ke negara ini sejak 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Menurut beliau, kesemua pelarian tersebut datang dari hampir 12 buah negara dengan 90 peratus daripadanya merupakan dari Myanmar.

Selain itu, terdapat juga pelarian dari Sri Lanka, Pakistan, Somalia dan Palestin.

"Jumlah ini berdasarkan statistik daripada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNHCR terhadap jumlah permohonan pelarian yang diluluskan antara tahun 2010 dan September 2016 mengikut negara asal dan jantina.

"Tiada rekod permohonan yang ditolak dan tempoh masa bagi pelarian tinggal di Malaysia," kata beliau menerusi jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis.

Berdasarkan jumlah itu, angka pelarian yang masuk ke negara ini meningkat mendadak dalam tempoh beberapa tahun lalu selepas rekod menunjukkan seramai 156,342 pelarian di negara ini pada akhir 2015.

Jumlah pelarian Syria yang memasuki negara ini juga meningkat daripada 70 orang pada tahun 2012 kepada 822 orang pada 2013 selain penambahan sehingga 1,314 pada tahun lepas.

Sementara itu, jumlah angka pelarian lelaki dianggarkan dua kali lebih ramai berbanding pelarian wanita dengan catatan 571,277 lelaki dan 244,420 wanita.

Tags / Kata Kunci: Pelarian , UNHCR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan