Lagu Malaysia Berkumandang Di Peru Sempena Lawatan Najib

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 2:41 PM

Najib
(Ubah saiz teks)

LIMA: Lagu-lagu patriotik dan popular Malaysia akan berkumandang selama sejam di sebuah stesen radio Peru, Filarmonia 102.7 fm, pada 9 pagi waktu tempatan (10 malam di Malaysia), pada 18 Nov sempena kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Duta Malaysia ke Peru, Chuah Teong Ban berkata segmen khas itu dijayakan melalui jalinan kerjasama antara kedutaan Malaysia dan stesen radio swasta yang terkenal di ibu negara Peru itu.

"Lagu-lagu ini adalah lagu-lagu yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan sempena sidang kemuncak APEC berkenaan pada Rabu.

Antara lagu itu adalah 'Warisan' dan 'Tanggal 31' oleh Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, 'Getaran Jiwa' (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee), 'Jaga Dia Untukku' (Datuk Siti Nurhaliza), 'Anak Kampung' (Jimi Palikat), 'Terukir di Bintang' (Yuna) serta lagu patriotik seperti 'Jalur Gemilang' dan 'Keranamu Malaysia'.

Segmen itu boleh didengari melalui frekuensi 102.7 fm di kawasan Lima manakala kawasan lain Peru melalui Internet di laman sesawang www.filarmonia.org. 

Najib dijadual tiba di ibu negara Peru itu pada 18 Nov bagi menghadiri sidang kemuncak pemimpin APEC pada 19 dan 20 Nov.

APEC, yang ditubuhkan pada 1989, menghimpunkan pemimpin daripada kumpulan 21 ekonomi bagi membincangkan pelbagai isu termasuk strategi masa depan rantau terutama berkaitan mempromosi perdagangan dan liberalisasi pelaburan.

Peru selaku tuan rumah APEC 2016 memilih 'Quality Growth and Human Development' sebagai tema.

Chuah berkata kerjasama terbaharu itu adalah kali kelima melibatkan kedutaan dan stesen radio berkenaan pada tahun ini.

Kerjasama terdahulu melibatkan satu slot penyiaran lagu-lagu Malaysia sempena Hari Raya, dua slot untuk Hari Kebangsaan dan satu slot sempena Hari Malaysia, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan